Selasa, 22 Julai 2008
Sambutan hari lahir saya
Setiap tahun keluarga saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyambut hari lahir saya pada 27 januari. Saya tidak akan dapat melupakan saat-saat bahagia ini. Kakak-kakak saya dan juga ibu bapa saya akan memberi saya hadiah yang sangat istemewa. Mereka juga akan membelikan kek dan menyiapkan bermacam-macam makanan untuk sambutan itu. Setiap sambutan yang diadakan sangat saya hargai dan ia sungguh menyeronokkan.
Cuti sekolah bulan june
Pada cuti sekolah bulan june, saya sekeluarga telah pergi ke Night Safari. Ia sangat seronok kerana saya dapat melihat binatang-binatang malam. Yang paling menyeronokkan ialah apabila dapat masuk ke satu tempat di mana binatangnya bebas seperti kelawar dan Flying Squirrel. Kami juga berpeluang menyaksikan pertunjukan binatang-binatang malam yang melakukan persembahan. Kami pulang dalam pukul dua belas malam.
Sayangilah mereka
Saling sayang-menyayangi adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. Haruslah saling hormat-menghormati terhadap satu sama lain terutama sekali yang muda harus menghormati yang tua. Contohnya, anak-anak harus menghormati ibu bapa manakala adik pula harus menghormati kakak dan abang mereka. Sayang-menyayangi dapat merapatkan lagi hubungan keluarga.
Peranan aggota keluarga
Setiap anggota keluarga mempunyai peranan mereka sendiri. Sebagai seorang anak, saya harus mendengar nasihat ibu bapa saya dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk masa hadapan. Peranan ibu bapa saya pula ialah untuk mendidik dan menjaga saya dan kakak-kakak saya dengan baik. Peranan kakak-kakak saya pula ialah untuk membantu ibu bapa saya dengan kerja rumah, membantu saya dalam pelajaran saya dan juga seperti saya, mendengar nasihat ibu bapa dan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka.
Cerita/lagu yang ada nilai-nilai keluarga
Cerita yang mempunyai nilai-nilai keluarga adalah cerita "parental guidance". Di dalam cerita itu, tuan dan puan Sito mengambil keputusan untuk menjaga tiga orang anak angkat. Menjaga mereka adalah salah satu tanggungjawab yang harus mereka jalankan. Walaupun tidak begitu pandai menjaga mereka dan sering berlakunya pergaduhan, mereka tidak pernah berputus asa untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga mereka.
Isnin, 21 Julai 2008
Bagaimana saya dapat membantu
Saya dapat membantu dengan tidak membuang sampah sembarangan,vandalisma,menjaga kebersihan negara.Membantu adalah penting.Kita akan di hormati orang juga bila membantu mereka.Kita pun boleh membantu dengan memberi tempat duduk kepada orang cacat,orang tua,wanita yang mengandung.
Apa yang saya suka dan tidak suka megenai pelajaran bahasa Melayu
Yang saya suka adalah imbuhan kerana itu adalah senang pada saya.Yang saya tidak suka ialah karangan kerana saya tidak banyak tahu apa yang hendak ditulis oleh tajuk yang diberikan.Pelajaran melayu adalah pelajaran yang senang pada saya dari pelajaran lain.Saya pun tidak suka kefahaman bertulis kerana apabila hendak menulis jawapannya mesti menjaga kerana walaupun satu salah mesti kena buang markah.
Jumaat, 18 Julai 2008
Menjaga nama baik negara
Ini adalah penting kerana kita harus menghormati tempat kita berada.Janganlah kita mendenki negara lain.Kita boleh ada ramai kawan bila menghormati negaranya.Ada barang yang kita beli ada yang dibuat oleh negara lain.
Rabu, 9 Julai 2008
Amalan Keluarga saya
Bila bulan ramadhan aku selalu bersolat berjemaah dengan keluarga aku.Apabila hari cuti sekolah aku pergi ke malaysia di pahang.Aku berasa sungguh gembira pergi bercuti dengan keluarga .Aku dan kakak aku selalu bergaduh tentang di mana kita hendak melancong lalu kita berdua dimarah oleh ayah aku.Kadangkalah aku dan ayah aku pergi mengayuh basikal ke pantai berdekatan rumah saya.Keluarga aku dan aku pernah pergi ke "Night Safari di bulan Jun 08
Rabu, 25 Jun 2008
Kegemaran saya
Saya gemar menonton cerita yang lucu, gemar memakan,bermain basikal dan membaca buku. Warna kegemaran saya pula ialah warna biru dan hitam.Saya suka bermain basikal dengan kawan saya.Bila saya menonton TV saya akan memakan apa yang ada.Pada masa lapang,saya akan membaca buku cerita atau bermain basikal. Di dalam keluarga ada enam orang.Mereka pun kadang kalah suka barmain badminton dan juga saya.Saya gemar memakan mee siam dan meminum air jus limau.Lagu kegemaran saya ialah ketahuan dari mata band. Cerita kegemaran saya pula ialah zombi kampung pisang.Subjek kegemaran saya ialah tentang binatang.Saya suka binatang yang bernama burung hantu.Sukan kegemaran saya ialah bola sepak saya pun suka memasang sesuatu.
Langgan:
Catatan (Atom)